Apabila Kita Banyak Berjanji Dan Sering Memungkiri, Ia Akan Sentiasa Menghantui. Ia Datang Menagih Janji Yang Tidak Pernah Dilunaskan. Ia Datang Dalam Mimpi, Dalam Perasaan.... Selama-Lamanya Ia Boleh Menjadi Satu Beban Emosi.

Khamis, 4 Julai 2013

Terima Sajalah.....Part 3

'Ko macam mana?'
'Macam nilah. Biasa. Tapi taklah sebiasa ko.'
'Laraaaaaaaaa.......' Lama tak gelak ketawa bersama kawan lama.
'Emmmm....aku ada satu permintaan.'
'About what?'
'No quiri...'
'Ok. Promise.'
'Ikut aku ke butik.'
'Ok.' Apa kena dengan lara ni. Lama tak jumpa alih-alih lepak kat butik. Nevermind.

'Aku sedang jahit baju bakal pengantin. So, aku nak minta pendapat ko.'
'What????...'
'Remember...no question.' Aku hanya mengangguk.
'Right.'
'Tengok ni. Cantik tak.... perlu tambahan...'
'Bagi aku...aku nak tambah manik warna biru laut dan unggu lembut. Perlu nampak menyerlah.'
'Kain...'
'Putih...kat bawah nak tambah ton warna kebiru-biruan dan sedikit merah jambu.'
'Oppsss....jangan lupa pinggang yang ramping perlu sedikit ditonjolkan.'
'Ok. I like. Terima kasih.'
Aku seronok apabila Lara mahukan pandanganku. Aku nak tahu apa sebenarnya niat Lara. Mesti ada cerita disebaliknya.

Tentang Dia

Suasana malam sunyi sepi. Dah tengah malam hampir melepasi awal pagi hari baru rupanya. Hanya tempias sinar lampu dari luar yang menembusi ruang jendela. Sekali-sekala kedengaran bunyi deruan motosikal. Siapalah yang kerja masa ni?. Tapi angin kipas mejaku masih yang terkuat bunyinya. Dah nak rosak mungkin. Lagipula cuaca agak panas kebelakangan ini. Emm...entah kenapa mata ini sukar nak lelap. Mungkin kerana petang tadi dah tidur. Sementara menunggu mata ni nak lelap aku memeriksa telefon andai ada pesanan ringkas terutamanya dari mamaku. Emm..yang ada cuma pesanan ringkas daripada celcom. Kacau. Teringin nak meneroka internet namun apakan daya aku tiada melanggannya. Lagipun bukan keperluan bagiku setakat ini. Tapi kalau ada perkhidmatan wifi percuma aku naakk...heheheee... Wow.. Aku teruja dengan ucapannya. Ada gaya ada aura ada azam dan ada kualiti. Setiap kali dia berucap aku mesti nak dengar. Aku sentiasa mengikuti perkembangannya. Dia memang segak dan tampan orangnya. Lesung pipit tu yang mahal. Pandangannya mampu menggoyah iman. Setiap kali dia muncul atau lalu di hadapan penglihatanku jantungku berdebar-debar. Aduh!. Aku kagum dan terpikat dengan segalanya tentang dia. Aku selalu berangan andai dia ditakdirkan menjadi pendampingku bagaimana agaknya. Dan aku sememangnya suka berangan-angan perkara yang 'ending' positif. Berjalan berpimpin tangan makan bersama gelak ketawa bersama bermain badminton bersama solat bersama - semuanya bersama. Bila marah dirayu bila sedih dipujuk bila air mata mengalir dikesat bila sakit dipeluk. Alangkah bahagianya hidupku. Waktu petang jogging bersama. Dia memakai pakaian serba biru dan aku memakai pakaian serba merah jambu. Hujung minggu ada masa berkaroke bersama. Berduet menyanyikan lagu 'isai ngarannu'...kepuasan amat terserlah. Romantiknya. Sungguh romantik. 'Assalamualaikum..'. Aku tersentak. Aku menoleh mencari siapa gerangan pemberi salam itu. Aku terkedu - lidah keluh tak terkata. Lelaki itu berada di depanku. Memberi salam dengan senyuman manisnya dengan wajah segaknya. Astaghfirullah... Apa harus aku buat selepas menjawab salamnya?. Rasa nak pitam.