Apabila Kita Banyak Berjanji Dan Sering Memungkiri, Ia Akan Sentiasa Menghantui. Ia Datang Menagih Janji Yang Tidak Pernah Dilunaskan. Ia Datang Dalam Mimpi, Dalam Perasaan.... Selama-Lamanya Ia Boleh Menjadi Satu Beban Emosi.

Khamis, 1 Disember 2011

43 Perkara Untuk Direnungkan

1.Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
2.Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.
7.Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.
15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
16.Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
20. Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
29.Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
35.Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang. 36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
40. Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
41. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
42. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
43. Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

renung-renungkan.........

copy from PakarHowTo.......

10 Surah Yang Banyak Kelebihan

  1. Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

10 Sebab.....

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbun dunia (kasihkan dunia)
  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia
  2. Zikrullah
  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
Lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya. Hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya.

Copy from HowToPakar

Rahsia Kebahgiaan

Bila kita berjuang, kita akan diuji dengan pembohongan diri dan rasa keikhlasan.
Bila kita bertawakkal, kita akan diuji dengan kesangsian dan hilang keyakinan.
Bila kita berukhuwwah, kita akan diuji dengan ketulusan hati dan sejati.
Bila kita sakit, kita akan diuji dengan kesabaran dan redha.
Bila kita miskin susah, kita akan diuji dengan kekufuran dan hilang rasa bertuhan.
Bila kita kaya senang, kita akan diuji dengan kesombongan dan lupa diri.
Dan berbagai-bagai lagi ujian yang tak perlu kita sebut satu persatu…
Ketahuilah bahawa semua kurnian Allah itu ada dugaan dan ujiannya.
Namun percayalah, apa jua masalah di dunia ini, ia sebenarnya bukanlah masalah. Tetapi ia hanyalah ujian iman dalam mencapai kasih Allah.
Dan fahamilah betul-betul bahawa masalah sebenar kita akan bermula selepas kita mati, bermula dari alam kubur kelak. (sudahkah kita membuat persiapan untuk menghadapinya…?)

Sedarilah bahawa sebanyak-banyak dan bermacam-macam ujian yang kita hadapi sepanjang hayat kita, itu sebenarnya hanyalah SATU ujian saja yang Allah berikan pada kita. Semua ujian tersebut sebenarnya hanyalah ujian PERASAAN sahaja. Kesemua ujian hakikatnya berlegar di sekitar persoalan mengenai perasaan kita saja.
Jadi, tak perlulah kita risau, gusar, khuatir, tertekan, kecewa, buntu, sedih dan putus harapan. Kerana itu hanyalah ujian PERASAAN kita saja.
Ketahuilah sesungguhnya, Allah telah pun memberitahu kita JALAN KELUAR atau UBAT MUJARAB kepada segala permasalahan kita atas dunia ini.
Apakah UBAT PALING MUJARAB itu?
Yaa, itulah AL-QURAN. Kalamullah yang Mulia.
Maka, suburilah hati kita dengan al-Quran. Kerana cukup hanya dengan Quran, kita sudah dapat rasa cukup atas segala-galanya. Kerana pada al-Quran itu lah ada segala-galanya.
Kerana AL-QURAN itu adalah RAHSIA KEBAHAGIAAN HIDUP kita dunia dan akhirat.
Jika begitu, mengapa kita masih buntu? Mengapa kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju? Mengapa kita masih rasa tidak menentu?
Sedangkan Allah sudahpun memberitahu. Al-Quran itulah yang boleh membantu. Jadi, apakah tindakanmu? Tengok dan lihat saja al-Quran itu…?
Renung-renungkan dan selamat beramal ;) ......copy from

Isnin, 18 Julai 2011

Terima Sajalah....Part 2


Part 2


“….akan mendarat sebentar lagi….”. Aku terjaga dari lena. Rupanya aku dah sampai. Sesungguhnya aku tak sabar melihat dan memeluk insan-insan yang kurindui. Apakah agaknya khabar berita mereka? Adakah kampungku telah berubah wajah. Lebih setahun aku tidak kembali ke sini. Tuntutan kerja dan aku yang gila kerja adalah penghalangnya. Lagipun tiada apa yang perluku tunggu di sini. Mak dan ayah selalu melawatku. Mungkin itu sebab rinduku terhadap tanah kampung lahirku tidak terasa.
Cuma apabila mak minta aku balik kali ni, tiba-tiba perasaan rindu itu hadir dalam hatiku. Tak tahu kenapa. Aku juga tak sabar mendarat dan melihat siapa gerangan insan yang datang menyambut kepulanganku. Pendek cerita aku boleh berlagak dan dilayan bak sang puteri. Dalam kegembiraan kembali ke tanah kampungku, aku berharap kenangan silam tak akan datang mengusik jiwa lembutku. Aku suka kalau kenangan itu datang asalkan aku tidak berada di sini.
Mataku sempat melirik sekeliling anak kapal. Mana tahu ada sesuatu yang boleh dijadikan inspirasi. Hahaha….
Dari jauh kulihat mak dan ayah. Aku dapat melihat senyuman mereka. Tiba-tiba seorang lelaki datang mengangkat begku. ‘Terima kasih’. Dia hanya melemparkan senyuman. Kacak juga orangnya.
“Macam mana?”.
“Macam mana apa?”.
“Perjalananlah…”.
“Oh, semuanya ok”.
“Malam besok Qisha ikut papa pergi majlis makan malam dengan kawan papa”. Tiba-tiba ayah bersuara. Huh! Kalau ayah sudah berkata-kata denyutan jantung boleh putus dibuatnya. Tak sempat berkata apa. Mama seperti biasa. Hanya diam. Namun kali ini sedikit berbeza. Seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikannya. Aku teringin nak tahu namun niat itu kubatalkan. Kalau nak korek rahsia perlu berhadapan dengan mama. Hanya berdua dengannya. Aku dapat rasakan sesuatu yang misteri yang mungkin bakal mengejutkan aku dan bakal mengecewakan aku.


Aku sedikit kecewa kerana aku tiada peluang langsung duduk bersembang berdua-duaan dengan mama. Bila saja aku cuba untuk mengajak mama bersembang ayah mesti muncul. Aku dapat merasakan mereka sedang merancang dan merahsiakan sesuatu di belakangku. Hatiku mula merontah-rontah. Apa ni… Adik, abang dan mak cik nampak seperti biasa. Mungkin mereka tak tau apa-apa. Ataupun memang mereka telah sepakat. Apa-apa sajalah asalkan jangan buat aku marah.
“Pak Man, petang ni Qisha nak guna kolam renang. Pastikan tiada siapa-siapa yang dibenarkan masuk,”.
“Baik, puteri,”. Pak Man tersenyum. Lama tak tengok Pak Man senyum.


Setahun yang lalu, inilah tempatnya aku menenangkan perasaan, melepaskan stress. Rindu. Petang ini kolam renang ini milik aku. Hahahahaaaa…. Sudah lama aku tak memanjakan diri bermain di kolam renang. Yaho!!.... Aku mengambil kesempatan ini untuk mengimbau kembali kenangan masa lalu. Kalau dulu seminggu sekali aku dengan kawan-kawan akan melepak di sini. Mira, Misha, Zaiy dan Lara. Aku masih berhubung dengan Lara walaupun jarang-jarang. Aku putus hubungan dengan Mira dan Misha setelah mereka berkahwin. Manakala dengan Zaiy pula, hilang tanpa khabar berita. Aku tak tahu dia di mana. Lara juga tidak pernah bercerita tentangnya. Bukan aku tak pernah bertanyakan kepada Lara. Cuma Lara tak pernah memberi jawapan. Sehinggalah enam bulan lepas, aku terdengar cerita Lara dan Zaiy tidak lagi bersahabat seperti dulu. Zaiy telah berkahwin dengan kekasih dan tunang Lara. Mak Cik Leeya kata, Lara hampir hilang akal dengan peristiwa tersebut. Perkahwinan dibatalkan tiga minggu sebelum majlis berlangsung. Peristiwa itu juga telah memberi tamparan hebat kepada keluarganya. Semua persediaan telah siap sedia, kad jemputan juga telah diedarkan. Majlis tetap dilangsungkan tanpa kehadiran pengantin. Dan yang lebih menyedihkan majlis tersebut menjadi majlis tahlil. Ayah Lara telah pergi ke rahmatullah dua hari sebelum majlis tersebut. Ayahnya diserang penyakit jantung dan koma sebelum pergi buat selamanya. Aku amat simpati dengan Lara. Ketika dia di dalam kesusahan aku tidak berada di sampingnya. Aku dapat merasakan kesengsaraannya. Siapa yang tidak marah kawan baik merampas tunang sendiri… Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Umpama Lara. Jika dia berjaya ke jinjang pelamin mana mungkin hari ini dia berada di tahap terbaik dalam kerjayanya. Lara telah berjaya membuka dan mengembangkan butiknya dalam masa yang singkat hasil dari kebangkitan kekecewaannya. Jika Lara tidak kecewa mungkin hari ini dia masih seorang guru tadika atau mungkin seorang suri rumah. Bagaimana agaknya keadaan Lara? Tempoh hari dengar suaranya melalui telefon agak ceria. Tak sabar nak jumpanya.

Duduk di tepi kolam renang amat menenangkan. Sejuklah.
‘Uhhh….sejuk’. Urat-urat badan jadi tegang. Tak boleh berenang lama-lama takut-takut kaki kejang. Aku dahlah seorang-seorang. Tak pasal-pasal …… Oh! Tidak.

“…..pejamkan matamu untukku….”. Telefon berdering. Alamak, tak puas lagi. Kacau.
“Hello,”…..

Jumaat, 15 Julai 2011

Belum siap

Hai...sambungan cerita tak siap lagi. Masih terperap dalam pendrive... tak tau bila nak sambung... idea datang mencurah-curah tetapi malas nak mengadaptasikan...

Jumaat, 1 Julai 2011

Terima Sajalah..... PART 1

Setelah tiga hari bertungkus lumus tak cukup tidur makan tak kenyang, akhirnya berjaya. Hasilnya juga berbaloi. Hari ini aku boleh berehat sepuas-puasnya. Aku juga boleh makan makanan kegemaran. Wow! selesanya dapat berehat dan berendam di dalam tab mandi.
'.....ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku....' bunyi ringtone panggilan dari mama. Potong stim betul.
'Hello, ya mama'.
'Hello, tengah mandi ka.' Aik macam mana tau.
'Emmm...ada apa'.
'Lusa balik tau. jangan lupa.' Tak henti-henti mama mengingatkan aku.
'Ya, ingat mama. Mama punya pasal Qisha mesti balik'.
'Yelah tu'.
Sebenarnya aku malas nak balik kampung tapi kerana dah janji. Huh!!!...ikutkan saja.

Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Bagasi tak sedia lagi. Apa pun belum sedia. Flight pukul 6.00 petang. Segalanya perlu disusun secantik dan semegah istana agar balik nanti hati tenang. Penat. Menu makan tengahari sandwich avocado. Avocado, kobis, lobak merah, mayonis, minyak zaitun, bawang dan salad. Peh, sedapnya. Lama tak makan. Biasanya ku makan untuk menu sarapan. Astaghfirullah. Baju aku. Warnanya turun dan merosakkan seluar slack putih aku. Masa nak cepat ada saja yang tak kena. Cuai.
'Hai, Qisha'.
'Hai, napa telefon'.
'Haiii...tak boleh ka'.
'Tak'.
'Sombong'. Nina gelak.
'Ok. Straight to the point'.
'Jadi balik ka'.
'Jadi...'.
'Ok. Kita jumpa nanti'. Apasal pula dia ni.
Hish! Kacau saja. Sekadar tanya benda tu hantar sms pun boleh. Yang semua orang nak tahu aku balik tak apasal. Ini bukannya cuti perayaan. Tension aku!.

Aku bersiap-siap bertolak ke lapangan terbang. Nasib baik senang nak dapatkan perkhidmatan teksi. Masa nilah dapat hidup berdikari. Privasi pun terjamin. Kalau dekat kampung semuanya dah tersedia. Driver, tukang masak, tukang cuci kain, tukang kebun semuanya ada. Nak hidup bak sang puteri bolehlah. Nak rehat sepenuhnya bolehlah balik kampung. Namun bahananya tak ikut peraturan kena bebel.

Ilham

Tengah mencari ilham....

Khamis, 30 Jun 2011

Mencuba Yang Baru

Membuat perkara baru bagi insan yang suka berangan sehingga mengabaikan kebahagiaan sendiri. Apa maksudnya?