Apabila Kita Banyak Berjanji Dan Sering Memungkiri, Ia Akan Sentiasa Menghantui. Ia Datang Menagih Janji Yang Tidak Pernah Dilunaskan. Ia Datang Dalam Mimpi, Dalam Perasaan.... Selama-Lamanya Ia Boleh Menjadi Satu Beban Emosi.

Isnin, 18 Julai 2011

Terima Sajalah....Part 2


Part 2


“….akan mendarat sebentar lagi….”. Aku terjaga dari lena. Rupanya aku dah sampai. Sesungguhnya aku tak sabar melihat dan memeluk insan-insan yang kurindui. Apakah agaknya khabar berita mereka? Adakah kampungku telah berubah wajah. Lebih setahun aku tidak kembali ke sini. Tuntutan kerja dan aku yang gila kerja adalah penghalangnya. Lagipun tiada apa yang perluku tunggu di sini. Mak dan ayah selalu melawatku. Mungkin itu sebab rinduku terhadap tanah kampung lahirku tidak terasa.
Cuma apabila mak minta aku balik kali ni, tiba-tiba perasaan rindu itu hadir dalam hatiku. Tak tahu kenapa. Aku juga tak sabar mendarat dan melihat siapa gerangan insan yang datang menyambut kepulanganku. Pendek cerita aku boleh berlagak dan dilayan bak sang puteri. Dalam kegembiraan kembali ke tanah kampungku, aku berharap kenangan silam tak akan datang mengusik jiwa lembutku. Aku suka kalau kenangan itu datang asalkan aku tidak berada di sini.
Mataku sempat melirik sekeliling anak kapal. Mana tahu ada sesuatu yang boleh dijadikan inspirasi. Hahaha….
Dari jauh kulihat mak dan ayah. Aku dapat melihat senyuman mereka. Tiba-tiba seorang lelaki datang mengangkat begku. ‘Terima kasih’. Dia hanya melemparkan senyuman. Kacak juga orangnya.
“Macam mana?”.
“Macam mana apa?”.
“Perjalananlah…”.
“Oh, semuanya ok”.
“Malam besok Qisha ikut papa pergi majlis makan malam dengan kawan papa”. Tiba-tiba ayah bersuara. Huh! Kalau ayah sudah berkata-kata denyutan jantung boleh putus dibuatnya. Tak sempat berkata apa. Mama seperti biasa. Hanya diam. Namun kali ini sedikit berbeza. Seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikannya. Aku teringin nak tahu namun niat itu kubatalkan. Kalau nak korek rahsia perlu berhadapan dengan mama. Hanya berdua dengannya. Aku dapat rasakan sesuatu yang misteri yang mungkin bakal mengejutkan aku dan bakal mengecewakan aku.


Aku sedikit kecewa kerana aku tiada peluang langsung duduk bersembang berdua-duaan dengan mama. Bila saja aku cuba untuk mengajak mama bersembang ayah mesti muncul. Aku dapat merasakan mereka sedang merancang dan merahsiakan sesuatu di belakangku. Hatiku mula merontah-rontah. Apa ni… Adik, abang dan mak cik nampak seperti biasa. Mungkin mereka tak tau apa-apa. Ataupun memang mereka telah sepakat. Apa-apa sajalah asalkan jangan buat aku marah.
“Pak Man, petang ni Qisha nak guna kolam renang. Pastikan tiada siapa-siapa yang dibenarkan masuk,”.
“Baik, puteri,”. Pak Man tersenyum. Lama tak tengok Pak Man senyum.


Setahun yang lalu, inilah tempatnya aku menenangkan perasaan, melepaskan stress. Rindu. Petang ini kolam renang ini milik aku. Hahahahaaaa…. Sudah lama aku tak memanjakan diri bermain di kolam renang. Yaho!!.... Aku mengambil kesempatan ini untuk mengimbau kembali kenangan masa lalu. Kalau dulu seminggu sekali aku dengan kawan-kawan akan melepak di sini. Mira, Misha, Zaiy dan Lara. Aku masih berhubung dengan Lara walaupun jarang-jarang. Aku putus hubungan dengan Mira dan Misha setelah mereka berkahwin. Manakala dengan Zaiy pula, hilang tanpa khabar berita. Aku tak tahu dia di mana. Lara juga tidak pernah bercerita tentangnya. Bukan aku tak pernah bertanyakan kepada Lara. Cuma Lara tak pernah memberi jawapan. Sehinggalah enam bulan lepas, aku terdengar cerita Lara dan Zaiy tidak lagi bersahabat seperti dulu. Zaiy telah berkahwin dengan kekasih dan tunang Lara. Mak Cik Leeya kata, Lara hampir hilang akal dengan peristiwa tersebut. Perkahwinan dibatalkan tiga minggu sebelum majlis berlangsung. Peristiwa itu juga telah memberi tamparan hebat kepada keluarganya. Semua persediaan telah siap sedia, kad jemputan juga telah diedarkan. Majlis tetap dilangsungkan tanpa kehadiran pengantin. Dan yang lebih menyedihkan majlis tersebut menjadi majlis tahlil. Ayah Lara telah pergi ke rahmatullah dua hari sebelum majlis tersebut. Ayahnya diserang penyakit jantung dan koma sebelum pergi buat selamanya. Aku amat simpati dengan Lara. Ketika dia di dalam kesusahan aku tidak berada di sampingnya. Aku dapat merasakan kesengsaraannya. Siapa yang tidak marah kawan baik merampas tunang sendiri… Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Umpama Lara. Jika dia berjaya ke jinjang pelamin mana mungkin hari ini dia berada di tahap terbaik dalam kerjayanya. Lara telah berjaya membuka dan mengembangkan butiknya dalam masa yang singkat hasil dari kebangkitan kekecewaannya. Jika Lara tidak kecewa mungkin hari ini dia masih seorang guru tadika atau mungkin seorang suri rumah. Bagaimana agaknya keadaan Lara? Tempoh hari dengar suaranya melalui telefon agak ceria. Tak sabar nak jumpanya.

Duduk di tepi kolam renang amat menenangkan. Sejuklah.
‘Uhhh….sejuk’. Urat-urat badan jadi tegang. Tak boleh berenang lama-lama takut-takut kaki kejang. Aku dahlah seorang-seorang. Tak pasal-pasal …… Oh! Tidak.

“…..pejamkan matamu untukku….”. Telefon berdering. Alamak, tak puas lagi. Kacau.
“Hello,”…..

Jumaat, 15 Julai 2011

Belum siap

Hai...sambungan cerita tak siap lagi. Masih terperap dalam pendrive... tak tau bila nak sambung... idea datang mencurah-curah tetapi malas nak mengadaptasikan...

Jumaat, 1 Julai 2011

Terima Sajalah..... PART 1

Setelah tiga hari bertungkus lumus tak cukup tidur makan tak kenyang, akhirnya berjaya. Hasilnya juga berbaloi. Hari ini aku boleh berehat sepuas-puasnya. Aku juga boleh makan makanan kegemaran. Wow! selesanya dapat berehat dan berendam di dalam tab mandi.
'.....ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku....' bunyi ringtone panggilan dari mama. Potong stim betul.
'Hello, ya mama'.
'Hello, tengah mandi ka.' Aik macam mana tau.
'Emmm...ada apa'.
'Lusa balik tau. jangan lupa.' Tak henti-henti mama mengingatkan aku.
'Ya, ingat mama. Mama punya pasal Qisha mesti balik'.
'Yelah tu'.
Sebenarnya aku malas nak balik kampung tapi kerana dah janji. Huh!!!...ikutkan saja.

Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Bagasi tak sedia lagi. Apa pun belum sedia. Flight pukul 6.00 petang. Segalanya perlu disusun secantik dan semegah istana agar balik nanti hati tenang. Penat. Menu makan tengahari sandwich avocado. Avocado, kobis, lobak merah, mayonis, minyak zaitun, bawang dan salad. Peh, sedapnya. Lama tak makan. Biasanya ku makan untuk menu sarapan. Astaghfirullah. Baju aku. Warnanya turun dan merosakkan seluar slack putih aku. Masa nak cepat ada saja yang tak kena. Cuai.
'Hai, Qisha'.
'Hai, napa telefon'.
'Haiii...tak boleh ka'.
'Tak'.
'Sombong'. Nina gelak.
'Ok. Straight to the point'.
'Jadi balik ka'.
'Jadi...'.
'Ok. Kita jumpa nanti'. Apasal pula dia ni.
Hish! Kacau saja. Sekadar tanya benda tu hantar sms pun boleh. Yang semua orang nak tahu aku balik tak apasal. Ini bukannya cuti perayaan. Tension aku!.

Aku bersiap-siap bertolak ke lapangan terbang. Nasib baik senang nak dapatkan perkhidmatan teksi. Masa nilah dapat hidup berdikari. Privasi pun terjamin. Kalau dekat kampung semuanya dah tersedia. Driver, tukang masak, tukang cuci kain, tukang kebun semuanya ada. Nak hidup bak sang puteri bolehlah. Nak rehat sepenuhnya bolehlah balik kampung. Namun bahananya tak ikut peraturan kena bebel.

Ilham

Tengah mencari ilham....