Apabila Kita Banyak Berjanji Dan Sering Memungkiri, Ia Akan Sentiasa Menghantui. Ia Datang Menagih Janji Yang Tidak Pernah Dilunaskan. Ia Datang Dalam Mimpi, Dalam Perasaan.... Selama-Lamanya Ia Boleh Menjadi Satu Beban Emosi.

Selasa, 19 November 2013

IKHLAS

Surah al-Haj ayat 37 bermaksud,"Daging dan darah haiwan korban ataupun hadiah itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah. Yang sampai kepada Dia adalah amal yang ikhlas berdasarkan takwa".
Surah al-Imran ayat 29 bermaksud,"katakanlah wahai Muhammad,'sekiranya kamu sembunyikan ataupun melahirkan perkara yang ada dalam dada kamu, nescaya Allah mengetahuinya".

Hadis sahih.

Abu Hafs,"saya mendengar Rasulullah menjelaskan,'amalan seseorang ditentukan oleh niatnya. Oleh itu setiap orang mendapat apa yang dia niatkan. Itulah sebabnya orang yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Tetapi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang dia niatkan semasa dia berhijrah".

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad menjelaskan,"percayalah, Allah tidak memandang tubuh saudara-saudara, tidak juga paras rupa saudara-saudara, tetapi Allah memandang amalan saudara-saudara'". (muslim)

Ikhlas bukan mudah untuk dilakukan. Apalagi jika melibatkan duit. Ikhlas kah anda bekerja memberi perkhidmatan selama seminggu tanpa dibayar gaji? Contoh jer...



Tiada ulasan: